Kelas Keyboard SKSB ditubuhkan pada bulan Mei 2007 oleh Guru besar SKSB Tn. Hj. Ahmad Dalail b Mohd Rakim. Tujuan penubuhan kelas ini adalah untuk memberi kemudahan bagi guru-guru opsyen Muzik dalam Daerah Manjung untuk mempelajari muzik tanpa batas.. Guru-guru yang menyertai kelas keyboard ini terdirti daripada pelbagai sekolah di Daerah Manjung.
Objektifnya, untuk meningkat kemahiran penguasaan muzik oleh guru-guru yang beropsyen Muzik. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk menarik minat guru yang bukan opsyen Muzik, menguasai muzik selain daripada mengajar.
Kelas ini dibukan pada setiap hari Sabtu jam 10.30 hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Minda Bestari, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Tenaga pengajar terdiri daripada sekumpulan guru dari Sabak Muzik Akademik, Sitiawan.
Guru-guru yang berminat untuk menyertai kelas tersebut boleh berhubung dengan :
Puan Ruth Ling Wang Ling ( 012-5552829 )
atau
Puan Surani bt Othman ( 017-5668970 ) |