PUTERI ISLAM
         
  • Pasukan Puteri Islam Sekolah Kebangsaan Seri Bayu ditubuhkan pada Februari 2004.
  • Matlamat penubuhan pasukan ini adalah untuk menyeimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
  • Selain daripada itu, ia meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah serta meningkatkan kerjasama dan disiplin diri puteri-puteri.
  • Ahli pasukan terdiri dari murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Pada tahun 2004, ia mempunyai seramai 70 ahli.
  • Perjumpaan pasukan Puteri Islam dijalankan pada hari Khamis setiap dua minggu, dari 3.00 petang hingga 4.00 petang.
  • Antara bidang kurikulum yang dijadikan asas program dan aktiviti-aktiviti PPIM di sekolah ini adalah seperti berikut : Pengenalan PPIM dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kerohanian (pemahaman dan pengukuhan Al-Quran dan Hadis) serta kesihatan dan tugas pembangunan diri.
  • Aktiviti-aktiviti mingguan yang dijalankan adalah seperti berikut : latihan membuat kraftangan, latihan kawat kaki, permainan, pertolongan cemas, pertandingan dan majlis membaca doa
     
     
 
         
       
 
HAK MILIK SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU 
KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN MANJUNG 
32040 SERI MANJUNG 
PERAK DARUL RIDZUAN 
  Anda Pengunjung Ke
msn spaces tracker