Ceramah Pengetahun Am Mengenai Peta Minda ( Mind Mapping ) bagi Tahun 4, 5 dan 6 atas sumbangan dari Schwan-Stabilo telah diadakan pada 14hb April 2008 jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. SP Media telah dilantik oleh Syarikat Schwan-Stabilo untuk mengendalikan program tersebut. Selain dari ceramah tersebut, pihak Schwan-Stabilo juga memberi sumbangan pensil 2B micro 288, pemadam bebas habuk dan pen warna point 88 kepada para pelajar secara PERCUMA. Di samping itu, pelajar tahun 6 akan menerima kertas ramalan UPSR untuk subjek Sains dan Matematik. Matlamat mengadakan program ini adalah untuk memberi penerangan dan pengetahuna am mengenai peta minda ( mind mapping ), ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang perlu ada dalam penggunaan peralatan menulis agar pelajar-pelajar lebih peka tentang hal-hal yang berkaitan. Di samping itu, para pelajar juga berpeluang untuk memenangi hadiah sepanjang aktiviti itu. |