Kursus Bahasa Isyarat telah dijalankan pada 19hb Julai 2008, Sabtu bertempat di Dewan Samudera SKSB. Seramai 46 orang guru SKSB menghadirkan diri ke kursus tersebut. Para guru mendapat manfaat sepenuhnya dalam bengkel dan latihan yang telah disediakan. Penceramah pada hari terbuat ialah Puan Bee Wah a/p Krissnandas dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Ipoh. Beliau merupakan Jurulatih Bahasa Isyarat yang berpengalaman. Kursus ini dikelolakan oleh Unit Pendidikan Khas Pendengaran SKSB. |