Pada 6hb Januari 2010, Rabu jam 8 pagi, satu ceramah motivasi khas untuk murid tahun 6 telah berlangsung di Sudut Ilmu SKSB. Penceramah yang bernama Tuan Haji Shahbuddin Al-Ustaz Mun telah di jemput dari Pusat Motivasi Elit Klang. Beliau telah membawa ceramah yang bertajuk "Rahsia Menjadi Seorang Pelajar". Ceramah motivasi diteruskan ke 7hb Januari 2009 dengan penceramah Encik Khairul Khashimi bin Abdul Aziz dari Pusat Motivasi Elit Klang. Beliau menyampaikan tajuk yang sama kepada murid Tahun 5 dan 4.