|
|
|
|
Hari Profesional Peringkat Negeri Perak SKSB telah berlansung dengan lancar pada pagi ini pada jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari. Kami berasa besar hati di atas kehadiran Penolong Pengarah ICT dan Pengkomputeran JPN Perak, Encik Mohamad Ishak bin Mohamad berserta peceramah kita pada pagi ini, Puan Norlizah binti Che Teh. Beliau merupakan Fasilitator KPEC dari SK Seri Ampang Ipoh. " ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran " merupakan tajuk ceramah hari ini. Guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut mata pelajaran teras untuk menjalankan bengkel Kajian Tindakan. Selepas itu, guru mempersembahkan cadangan kerja mereka dengan menggunakan Ms Power Point. Majlis tamat pada pukul 12.45 tengah hari. |
|
|
|
|