Hari Kokurikulum Tahun 2009 telah berlangsung pada 11hb November 2009, hari Rabu jam 8 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKSB, Tuan Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim. Selepas itu, disambungkan dengan acara senamrobik, sukaneka antara rumah sukan serta pertandingan memasak dan memasang khemah antara Kelab dan Unit Beruniform. Program tersebut tamat pada pukul 11.30 pagi.